Pages

Tuesday 14 August 2007

no title

aku kecundang
jatuh berulang kali
dek emosi yang umpama tsunami
mengaburi hati dan perasaan

terlalu banyak rintangan
terlalu banyak dugaan
semuanya aku gagal
kerana bersikap kurang sabar
terlalu banyak pertelingkahan
terlalu banyak percakaran
semuanya terjadi
kerana panas dihati

kau ku lihat berdiam diri
membiarkan ia terjadi
tanpa ada kawalan situasi
membiarkan aku musnahkan diri
serpihan diri dikutip sendiri
dibentuk kembali menjadi diri
akan diadun dengan harapan baru
agar tidak berkecai lagi

kau dan aku mungkin bersama
dalam lingkaran mimpi tidurku
realitinya tak akan sama
kerana kau menolak aku


3 comments:

  1. Maria! Sedihnya sajak awak ni. Lagu2 di playlist pun semuanya sedih. Kak Emi pun tumpang sedih. Janganlah bersedih, relakan perpisahan. Ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  2. jangan la bersedih kak emi..perpisahan itu bagai ombak tsunami yang datang dan pergi tanpa sebarang amaran...tapi sekarang dah rujuk balik..tapi macam mana dengan nukilan sajak saya..okay tak my first trial?

    ReplyDelete